8/17/2009

SEKEJAPNYA 4 TAHUN !!

Bersama isteri tercinta .......
Bersama teman rapat..Ustaz Shamsul Pangkor

Bersama keluarga yang meraikan kejayaanku.

Suasana di dewan konvo ....


Syukur, aku boleh menarik nafas lega setelah selesainya majlis konvokesyenku di USM.Rasa macam tak percaya pulak semasa aku menaiki podium untuk mengambil skrol dari pro canselor.Begitulah cepatnya masa berlalu, dalam tak sedar selesai pengajianku.Sungguhpun begitu 4 tahun bukanlah sesingkat masa.Bergelut dengan tugasan seharian di sekolah , komitmen terhadap keluarga, berbagai jawatan yang aku pegang secara suka rela maupun paksa rela semuanya menjadi rencah dalam perjalananku bergelar graduan USM.

Mengalir juga air mataku tatkala keluar dari dewan konvo tatkala melihat wajah isteri,anak-anak serta ibu dan bapa mertuaku. Kejayaanku kejayaan mereka jua ... cuma terimbau juga akan kata-kata pro canselor " ingat jasa kedua ibu bapa dan sayangi mereka ....." sedangkan kedua-dua ibu bapaku telah lama pergi !

Buat anak-anak yang disayangi, along, pipi, acik dan yuni , aku harapkan supaya kejayaanku ini menjadi motivasi dan penbakar semangat supaya lebih berjaya dariku pada suatu hari kelak. Buat kawan-kawan yang sambung belajar tu dan masih bergelut especially Citratanjung , Anak Banjar , dan Puan Hajjah teruskan perjuangan anda. Kepada Cintalaila terima kasih atas budi baik anda memberi tunjuk ajar dan bahan-bahan padaku.Terima kasih semua !

1 comment:

  1. Semoga kejayaan kita akan menjadi pembakar semangat untuk semua anak didik kita...betulah kata orang kalau tidak dipecahkan ruyung, mana pulak dapat sagunya..betul ke pepatah ni ya!!Syabas dan tahniah atas kemunculan blog ini..selamat menulis dan semoga perkongsian idea ini akan menjadikan kita lebih bersemangat dan percayalah dimana ada kemahuan di situ ada jalan..!

    ReplyDelete