5/31/2010

Yahudi memang Yahudi


KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Sama-samalah kita doakan keselamatan untuk konvoi ini. Turut bersama dalam konvoi ini adalah ahli parlimen Parit Nizar Zakaria yang merupakan kawan sekampung sejak kecil dan Jamulidin Alias yang aku kenali semasa aktif dalam dalam program pemuda dahulu.Yahudi tetap Yahudi sepertimana Allah sebut dalam Al Quran tak pernah berubah.Bak lirik lagu Zubir Ali ...."sempurnalah kekejaman satu bangsa yang sombong dan hina "

5/24/2010

SYARIKAT PERJUDIAN MALAYSIA NO 1 DI DUNIA


Nuffnang Ads
Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta dLas Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia. – Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Top-10 casinos by number of employees

Casino de Genting is just part of the resort that calls itself the “City of Entertainment” and apparently the price for living up to that name is the employment of 13,000 workers.

This striking property features much more than gambling. Located 6,000 feet above sea level, Casino de Genting is home to 29 restaurants as well as a theme park that includes a Ripley’s Believe It or Not! Museum, a wind-turbine sky diving simulator, a hand-gliding roller coaster and a Rain Forest Splash Pool. There is also a Cineplex, bowling alley and a championship golf course on site.

Six hotels with more than 6,000 rooms also make Casino de Genting the casino with the most guest rooms in the world.

As for the gaming experience, the 200,000 square feet of casino space is filled with electronic table games, slots machine as well as table games such as roulette, Pai Gow, Baccarat and blackjack. There’s also the themed outlet called @Latté that offers cutting edge slot machines all while brewing up some of the finest coffee in Asia.

The two mega-casinos that call Connecticut home are the next two properties on our list. Foxwoods currently employs 10,220 people, but that number will swell to close to the 13,000 mark this spring when the MGM Foxwoods opens on May 17.

The first Las Vegas location on the list is Bellagio, the Steve Wynn-creation that is best known for the artificial lake that was built between the building and the Strip. Bellagio is one of four Las Vegas properties to make this list along with the MGM Grand, Mandalay Bay and Caesar’s Palace.

Top-10 largest casinos by number of employees

1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Source: Casino City

5/18/2010

LESEN JUDI BOLA SEPAK LULUS



'
m
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Che
w memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

5/17/2010

SELAMAT HARI GURU 2010


Sajak Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

ALLAHYARHAM USMAN AWANG
1979