2/10/2011

MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN.....

Syukur alhamdulillah, Allah memberikan kejayaan buat anakku mendapat 5A dan MUMTAZ PSRA nya.Kejayaan berganda.Sungguh pun begitu bukan suatu yang mudah untuk ia mendapatkannya.

Di tadika memang sudah nampak kebolehannya.Dapat tempat ketiga dalam kelas.Dia juga menjadi ketua bagi kawan-kawannya.Tambahan pula badannya yang lebih besar dari rakan yang lain.

Dia i sekolah, darjah satu ia menduduki kelas terakhir.Biasalah sebab belum di select lagi.Dia mengekalkan nombor satu sehinggalah tamat darjah satu.Darjah dua dan tiga dalam kelas A, ia agak ketinggalan.Akhirnya turun kelas 3B hinggalah ke 5 B.

Di akhir tahun ia membuat kejutan apabila mendapat tempat keempat keseluruhan dalam darjah 5.Aku macam tak percaya. Di samping itu, aku pupuk bakatnya dalam ragbi,catur, bola dan mengikuti bakatku dalam pidato.

Darjah 4 sudah mula mewakili sekolah dalam ragbi dan catur.Dia berjaya menjadi naib johan daerah dalam catur dan dibawa ke merata negeri oleh Cikgu Big untuk bermain ragbi.

Tahun 6 , aku mula serius mengajarnya. Aku pastikan ia masuk ke tuisyen terbaik Bahasa Inggeris dengan Sir Nasir.Nyata, pilihanku tepat. Dia menjadi sangat berminat belajar BI dan mula boleh mengarang esei english.Di samping itu, kelas tuisyen ku jugak aku pastikan ia terus komited.

Malam hari, aku duduk di sebelahnya mengajar.Beratus-ratus soalan aku paksa ,ia menjawabnya terutama sains dan english.Memang nampak peningkatan dan kesungguhannya mula terserlah.

Di samping itu, suatu yang sangat manis apabila ia menjuarai pidato Amal Islami peringkat zon, daerah Kuala Selangor dan akhirnya ketiga negeri Selangor di bawah latihan aku sendiri..Ragbinya hingga menggondol naib johan kebangsaan.

Akhirnya ....Allah berikan kejayaan buatnya.Lebih manis lagi apabila di sekolah agama juga ia mendapat MUMTAZ.dTerkenang kembali saat lalu , apabila ia nyaris maut apabila tercampak dari kereta semasa umurnya 5 tahun ketika aku membelok di Bestari Jaya.Terkenang juga kritikalnya ia di Hospital Ampuan Rahimah semasa usianya 6 tahun apabila menghidap penyakit ATP sehingga bacaan darahnya jatuh ke paras bawah dan akhirnya dimasukkan plasma darah dari Australia yang bernilai ribuan ringgit.

Syukur...alhamdulillah. Kini...walaupun rakan-rakannya yang mendapat 5A memasuki sekolah berasrama penuh...dan beliau juga mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan...tetapi cita-citanya tetap utuh untuk menjadi seorang hafiz seperti dua orang bapa saudaranya.Sebagai ayah ,aku turuti kemahuan murninya itu walaupun getir cabaran yang aku hadapi untuk menghantarnya ke tahfiz. Biarlah itu menjadi rahsia antara kami sekeluarga.

Sekarang ia sedang tekun menghafal ayat demi ayat dari kitab suci Mu di sebuah sekolah tahfiz.Moga-moga Allah permudahkan buat kami sekeluarga dan semoga ia memberi syafaat buat kami sekeluarga apabila berjumpa rabbul jalil nanti.

Itulah anak ketigaku Syed Amirul Husaini.