4/26/2010

KENANGAN JOGATHON 2010

Gotong-royong guru-guru dan AJK PIBG meniup belon untuk diberi kepada murid-murid.
Bersenam dulu, betulkan urat-urat dulu dik sebelum berlari ...kalau tak nanti ada yang kejang urat...maklumlah nak lari beribu-ribu batu di sepanjang jalan !!!

Tuan Guru Besar,GPK YDP dan AJK PIBG yang bersiap sedia melepaskan peserta jogathon di luar pagar sekolah. Pengarah jogathon sedang memberi taklimat sebelum melepaskan peserta jogathon.

Seronoknya murid-murid mendapat belon.Suasana SKBB berwarna-warni dengan belon-belon pelbagai warna.

Okeylah dik ....tak menang larian pun dapat belon best jugakkan ..

Seronoknya dapat bersalam dengan Nuri dari Bank Rakyat.Inilah burung yang sentiasa senyum..
Eh ...Ada tarian kudang kepang ! Penunggu Gunung Raya pun ada ! Takutnyee.. Budak-budak tak takut pun .
Wah bestnyer ...dapat majalah Kuntum percuma lagi ...
Inilah jejaka hensem Bukit Badong yang bertungkus lumus menjayakan Jogathon PIBG 2010.Blogger Cintalaila dan Citratanjung antara yang bekerja kuat disamping pengarah dan timbalan pengarah program.Blogger edparit sebagai setiausaha program mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang menjayakan jogathon.Kutipan sangat membanggakan iaitu sebanyak RM32 000 berjaya dikumpul hasil program ini.Tahniah buat semua !!! Ini kejayaan kita bersama ...