Majlis berlangsung tiga hari selepas Hari Raya Qurban baru-baru ini.Pengantin lelaki dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Pengkalan Chepa ,Kelantan dengan diiringi kaum keluarga dan handai taulan.
Saat yang paling mendebarkan bagi setiap lelaki yang bakal bergelar suami.Saat berdepan dengan tuan kadhi untuk upacara akad nikah.Mujur tak lenjun peluh pengantin kerana dengan sekali lafaz sahaja, sahlah beliau bergelar seorang suami.Cuma satu yang pelik kerana lafaz nikah tidak disertai dengan huluran tangan dan berjabat seperti biasa.Rasanya pertama kali aku melihat tuan kadi tidak menjabat tangan pengantin lelaki untuk upacara tersebut.Memang sunat tetapi diluar kebiasaan.
Majlis perkahwinan di rumah pengantin lelaki diiringi dengan hujan renyai-renyai di waktu pagi dan agak lebat di sebelah petang.Agaknya sebab sedap sangat suara pengantin lelaki menyumbangkan suara tu yang hujan turun hingga ke petang (gurau aje !) Di samping itu persembahan dikir barat turut diadakan.
Pengantin melayani profesor dan pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan yang datang mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini. Tu dia .... Pasangan Mohd Binyamin al Hafiz dan isterinya Wan Nor Azimah. Binyamin bertugas sebagai pegawai Pusat Islam di Universiti Malaysia Kelantan manakala isterinya sebagai pegawai kewangan di Jabatan Bendahari, UMK. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Ini dia perewang yang syahid setelah bertungkus lumus membasuh pinggan mangkuk pada masa majlis berlangsung.Style lena pun berbagai aksi membayangkan betapa letihnya mereka...Kesian , takpa selepas ini nanti giliran mereka pula menyusul sebagai raja sehari !
Ini dia perewang yang syahid setelah bertungkus lumus membasuh pinggan mangkuk pada masa majlis berlangsung.Style lena pun berbagai aksi membayangkan betapa letihnya mereka...Kesian , takpa selepas ini nanti giliran mereka pula menyusul sebagai raja sehari !
No comments:
Post a Comment