10/05/2009

BARAAN RAYA AJK MASJID AR RAHMAN BKT BADONG


Minggu kedua dalam kehangatan Syawal, AJK Masjid Ar Rahman mengambil inisiatif mengeratkan ukhwah sesama AJK berkunjung dari rumah ke rumah .Inilah barisan AJK yang baru dilantik Jun lalu.Segak bergaya dengan unifom AJK .Yang tak pakai unifom tu sebab .... unifom tak siap lagi , baru nak siap cina yang ambil tempahan tu meninggal pulak !!! Jangan marah ye melawak aje !

Banner hari raya ucapan Selamat Hari Raya dari AJK Masjid Ar Rahman kepada seluruh penduduk Kampung Bukit Badong."Pemergian Ramadhan ditangisi ,kehadiran Syawal dirai".
Raikan Syawal ini dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan kepada Ilahi"


Tuan imam 3, Zainal Abidin b Daie sedang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua hadirin .0-0 ye

Di rumah Baharudin Salimon, di Kuaters Pekerja Loji Air Sg Harmoni.Katanya tahu hadapan raya dibanglo barunya di kampung. harap-harap jangan raya kat rumah kekal selamanya udahlah ye !

Beraya di rumah tuan imam Sariman b Rejo.Moga-moga beliau terus sihat dan istiqamah memimpin masyarakat Kg Bukit Badong.

10/04/2009

RAYUAN TABUNG GEMPA BUMI PADANG !


Kejadian gempa bumi yang di Padang baru-baru ini telah meragut lebih 1000 korban dan angka ini dijangka berlipat kali ganda kerana lebih 3000 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan bangunan apabila kejadian gempa yang beukuran 7.6 Skala Richter telah menumbangkankan lebih 11000 bangunan di Padang dan Pariaman.Wakil JIM di Padang melaporkan ada beberapa jalan dan jambatan yang rosak telah menyebabkan laluan untuk usaha menyelamat dan bantuan sukar untuk dilakukan.

Sesungguhnya ini adalah ujian dari Allah untuk penduduk di sana dan kita berdoa supaya Allah lindungi kita dari musibah ini.Kebanyakkan mereka yang terkesan dari malapetaka ini hilang segalanya - saudara-mara, rumah kediaman. pakaian dan sebagainya.Oleh itu kami merayu pihak tuan supaya dapatlah sekiranya menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai supaya pihak kami dapat membeli alatan untuk khemah perlindungan sementara, menghubungkan kembali bekalan air, membeli Gen-Set, membeli ubat-ubatan, pakaian serta bahan asasi makanan seperti beras dan sebagainya.

Sumbangan anda boleh menggunakan akaun ini untuk deposit terus ke dalam akaun Maybank 007152302280 diatas nama (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Sila maklumkan kami jika anda memerlukan resit.
Muhammad Bakhtiar Wan Chik (0194708811)
Abdullah Shabri (013-4884630)
Haji Taufek Abdul rahman (019-41

GAMBAR-GAMBAR SAMBUTAN RAYA SKBB

9/20/2009

ALBUM HARI RAYA !


Gambar kenangan di pagi aidil fitri bersama keluarga.Syed Amirul Husaini,aku,isteri,Syarifah Farhatun Syahira,Syarifah Fatin Ayuni dan Syed Azrul Hassani.

Berposing di aidil fitri, ini saya punya beras Azizi,bersama Ayuni, Nabila dan Najah.Seronoknya Ayuni beraya ...dapat makan kueh raya ,pakai baju raya dan dapat baaanyak duit raya !

Makan , makan , jangan tak bedal ketupat tu , lontong ada , rendang serati ada, macam- macam ada.
Ini team sepupu sepapat Kelate , semua muda-muda belaka, berposing dengan kopiah kelate hasil ciptaan sendiri.
Beraya beramai-ramai di rumah nenek.Seorang saje yang masih tinggal.Sebelah aku pun dah meninggal semuanya kecuali dua orang aje lagi mak sedara !

9/19/2009

Menjelang Aidil Fitri !

Perginya ke rahmatullah bapa saudara di Perak 3 hari menjelang hari raya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Menziarahi pusara ayah bonda yang sudah lama pergi.Bonda sejak tahun 1990 manakala ayah 1996.

Membakar lemang, antara sajian utama di hari raya apatah lagi di makan dengan rendang .


Amirul sempat menolong bapa saudaranya berniaga kopiah di pasar Tumpat.Laris macam goreng pisang panas .

Kesibukan membeli belah di pekan Tumpat.Berbagai juadah boleh didapati di sini.Kueh Kelantan ni sedap-sedap belaka.

Gotong-royong mengecat rumah menjelang hari raya.Semua nak cantik dan menarik di hari raya.






9/18/2009

Ucapan selamat Hari Raya dariku !!


Assalamualaikum,


Hari raya akan menjelang esok atau lusa. Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya di dalam blog ini ada menyentuh peribadi seseorang, tersilap kata dan terkasar bahasa.Begitu juga kepada teman-teman sepergaulan semua serta sanak saudara.Terima lah kad raya siber ini sebagai pengganti diri.

Tahun ni saya balik beraya di Tumpat, Kelate .Perak dah balik sebelum raya ziarah kubur ayah bonda.Apa nak buat anak yatim kematu ... Balik Perak ayah cik pulak meninggal, tinggallah seorang aje lagi mak sedara !

Jemputlah datang ke rumah di Bukit Badong,seminggu lepas raya di Bukit Badong,Ijok. La ni nak beraya puas-puas kat bumi Serambi Mekah.Cadangnya raya pertama nak gi rumah Tuan Guru Nik Aziz, kalau ada kesempatan .

Semoga kita dipanjangkan umur dan akan berjumpa bulan Ramadhan pada tahun hadapan.Wallahu Alam.

9/14/2009

Ngudek Jenang & Sahur bersama MB dan Dr Dzulkefly

Banner qiamullail dan bersahur bersama Menteri Besar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly b Ahmad yang dipasang di pagar masjid Kg Bukit Badong.

Meja utama serta banner program Ngudek Jenang di Laman Putra Kg Bukit Badong.Program ini juga dihadiri oleh masyarakat berketurunan India dan Cina dari Ijok dan Bestari Jaya.

Dr Dzul memberikan sedikit ucapan semasa program dilangsungkan.Beliau sangat teruja dengan program ini sehinggakan sanggup balik ke rumah beliau jam 1.30 malam dan datang semula untuk berqiamullail dengan membawa isteri beliau.

Suasana ceria semasa ngudek jenang dijalankan. 12 kawah memang penat untuk diselesaikan apatah lagi apabila jenang telah mula mengeras.Tak larat nak berdayung ....kena tukar syif !


Dr Dzul tidak ketinggalan mengacau dodol .MB juga merasai pengalaman mengacau dodol bersama penduduk kampung tapi jam 4 pagi.MB juga mengagih-agihkan dodol kepada hadirin yang setia menunggu. Tapi gambo takde sebab teman kat masjid dah.

Menteri Besar bersama Dr Dzul bersahur bersama penduduk kampung di pekarangan Masjid Ar Rahman Bukit Badong setelah selesai mengadakan qiamullail sebelum itu. Sempat berbual-bual dengan Ketua Kampung Bukit Badong , bertanyakan perkembangan terkini penduduk kampung.

Pendudukuk kampung sedang bersahur .Syukur ramai yang hadir semenjak dua menjak ini terutama selepas pertukaran AJK masjid yang baru , masjid lebih imarah.

Menteri Besar serta Dr Dzul sempat berdiskusi selepas subuh. Soalan penduduk kampung terutama tentang isu kuil di seksyen 23 Shah Alam , elaun imam yang masih tertangguh , isu penswastaan air ,serta tanah di Puncak Alam .MB juga menawarkan tiket percuma kepada penduduk sekitar DUN Ijok untuk menyaksikan bola sepak persahabatan di Singapore Oktober ini.Sesiapa berminat nak tengok bola sambil melancong ke Singapore , cepat-cepat hubungi pejabat MB di Ijok Utama.

Buat julung-julung kalinya program mengacau dodol atau dalam speaking koreanya Ngudek Jenang telah berjaya diadakan di Kampung Bukit Badong. Yang lebih terujanya apabila kehadiran dua orang personaliti penting di sini iaitu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim beserta Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly b Ahmad.
Pada mulanya penganjur khuatir jika sekiranya program ini tidak mendapat sambutan tetapi apabila selesai terawih sekitar jam 10 malam, penduduk kampung dan sekitar Ijok berpusu-pusu datang dan memenuhi padang futsal di Laman Putra Bukit Badong.
12 kawah disediakan yang dikacau secara bergilir-gilir sehinggalah selesai lebih kurang jam 4 pagi.Suasana sangat meriah dengan kehadiran ibu bapa anak-anakkecil , tua dan muda yang bergotong royong mengacau dodol.Anak-anak pula mengambil kesempatan memasang pelita dan bermain mercun bagi memeriahkan lagi suasana pada malam itu.
Kehadiran Dr Dzul pada jam 11 malam memeriahkan lagi majlis.Begitu juga kehadiran MB sekitar jam 4 pagi tambah menggembirakan bocah-bocah yang mendayung dari malam hinggalah dinihari.MB juga berkesempatan mengagih-agihkan dodol pada para hadirin.
Selepas itu rombongan MB dan Dr Dzul bertolak ke masjid Bukit Badong untuk berqiamullail, bersahur dan seterusnya berdiskusi dengan penduduk kampung.
Kesimpulannya ..program ini sangat meriah dan akan diadakan lagi pada tahun hadapan !