3/15/2010

TUISYEN RAKYAT SELANGOR

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2010 peringkat Dewan Undangan Negeri Ijok (DUN) kini telah mula dibuka pada 7 Mac untuk pendaftaran baru dalam kalangan calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) 2010.Kelas terhad kepada 25 orang satu kelas. PTRS yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan itu merupakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang terbuka kepada semua pelajar tingkatan lima.
Koordinator PTRS DUN Ijok, Zubir Zasyali berkata, Pusat Khidmat Rakyat Dun Ijok telah membuka pendaftaran untuk PTRS untuk calon SPM 2010 dan tiada sebarang yuran akan dikenakan untuk proses pendaftaran. “PTRS juga satu cara untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemam puan untuk menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen di luar kerana mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membayar yuran. “Mereka (calon SPM) kini boleh mendapatkan borang pendaftaran atau mendaftar terus untuk mengikuti program ini di Pejabat MB di Ijok atau di Pusat Belia Kg Bukit Badong dan di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya .“Ia akan melibatkan subjek utama dalam peperiksaan SPM seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan subjek lain dan ia akan dikelolakan oleh guru yang berpengalaman dalam subjek masing- masing.
Antara keistimewaan PTRS adalah pelajar akan menyertai Kem Motivasi SPIES, Seminar Teknik dan Strategi menjawab SPM, Pecutan Akhir SPM serta solat hajat perdana.Selain itu modul juga diberi setiap bulan kepada para pelajar.Semua aktiviti ini adalah percuma kepada semua pelajar.Beliau menambah, tuisyen SPM secara percuma yang dianjurkan kerajaan negeri itu adalah satu produk terbaik untuk semua masyarakat menyertainya terutama calon SPM bagi meringankan keluarga yang kurang berkemampuan. Semua pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh terus menghubunginya di talian 0133633640- Zubir, 013-2763069 -Asri untuk pertanyaan dan urusan pendaftaran.


No comments:

Post a Comment