1/21/2010

KEMELUT PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH 4

Pada pandangan seorang non Muslim

Sebab bukan Melayu sukar terima Islam
KK Jan 6, 10 10:29am
Perkataan "Islam" di Malaysia sudah menjadi sinonim dengan Melayu. Jadi isu yang melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam terus dikaitkan dengan persoalan "Melayu lawan bukan Melayu".Sebagai contoh, sudah menjadi amalan biasa di negara ini untuk pertubuhan dan NGO Islam berjuang untuk hak-hak seperti kuota dalam bidang ekonomi dan pendidikan kepada komuniti Islam seiring dengan pertubuhan dan NGO Cina, India, Orang Asli dan lain-lain yang berjuang untuk kuota masing-masing.

Akibatnya, perkataan Islam disalahtafsir sebagai suatu nama untuk sekumpulan atau serumpun manusia, dan bukan lagi suatu gambaran cara hidup untuk manusia seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Dalam erti kata lain, majoriti umat Islam sudah dijangkiti wabak yang melanda penganut Yahudi, iaitu merasakan diri mereka insan terpilih, termasuk dalam kelab atau "kumpulan orang beriman".

Cuba bayangkan, segolongan manusia percaya bahawa Tuhan itu Allah, iaitu yang menciptakan langit dan bumi serta yang memberikan mereka rezeki.Tetapi mereka mempunyai kepercayaan yang songsang bahawa Allah itu mempunyai anak atau sebagainya di atas dunia ini.Tiba-tiba, kita berkata, "Tidak! Kamu tidak boleh mengaku Tuhan yang menciptakan alam ini Allah kerana kamu mempunyai kepercayaan lain yang salah tentang sifat Allah".

Dalam dunia Islam sendiri, terdapat berpuluh-puluh juta orang Islam di Iran, Syria dan Lebanon yang percaya bahawa Saiyidina Ali itu bayangan Allah dan dicipta daripada cahaya Allah dan sebagainya. Golongan Yazidi, Druze dan Alwayiah di Timur Tengah mempunyai pelbagai pendustaan terhadap Allah yang sama teruknya dengan kepercayaan orang Kristian.Lebih teruk lagi, sheikh-sheikh dan ketua agama mereka yang dimartabatkan status ini bukannya seorang nabi. Tidak pernah pula kita mendengar sebarang pihak, hatta golongan yang dianggap pelampau atau ekstrem agama termasuk al-Qaeda atau Hizb at-Tahrir atau lain-lain yang cuba melarang golongan minoriti ini menggunakan nama Allah.

Jika benar sekalipun pihak gereja Katholik berniat untuk mengelirukan orang Melayu, saya ingin bertanya, bolehkah kita mempunyai undang-undang untuk melarang orang lain menggunakan nama Allah hanya kerana kita berpendapat mereka berniat untuk mengelirukan kita?Apakah ada asas untuk negara ini mempunyai undang-undang melarang orang lain menggunakan nama Allah kerana kita bimbang ia boleh mengelirukan kita?
Saya rasa negara yang menggubal undang-undang kerana "takut ia boleh mengelirukan" adalah sebuah negara yang teruk dan sedang menuju keruntuhan kerana undang-undang hanya digubal berdasarkan prinsip keadilan. Melarang gereja Katholik menggunakan perkataan Allah melanggar prinsip dalam agama Islam dan juga perlembagaan.

Mungkin benar pihak gereja ingin mengembangkan pengaruh mereka di Malaysia, tetapi ia melanggar ajaran al-Quran dan juga melanggar perlembagaan untuk menyekat mereka menggunakan nama Allah sewaktu merujuk Tuhan.Saya berpendapat, definisi Melayu sebagai penganut Islam seperti yang dilakukan di Malaysia telah menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada agama Islam.

Kenapa agama lain seperti Kristian begitu senang diterima oleh orang Cina, India dan penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak berbanding Islam?
Dalam sejarah Islam, kita melihat bagaimana penduduk di Afrika Utara dan tanah bekas jajahan Roman begitu ramai memeluk Islam selepas pemerintahan bertukar kepada orang Islam. Mereka tidak mempunyai masalah dengan panggilan nama Tuhan.Malah umat Islam pada zaman tersebut dianggap sebagai masyarakat bertamadun seperti dunia hari ini melihat negara Kesatuan Eropah dan sebagainya.Afrika Utara (Mesir dan Maghribi) dan juga negara seperti Lebanon, Syria, Jordan dan Palestin pada hari ini pada asalnya berpenduduk majoriti Kristian dan juga Yahudi.

Apabila kekuasaan beralih kepada orang Islam, masyarakat mereka memeluk Islam tanpa sebarang paksaan. Minoriti Kristian dan Yahudi pada hari ini di negara-negara tersebut keturunan mereka yang hidup pada zaman sebelum kedatangan Islam.Kenapakah begitu sukar orang bukan Melayu di Malaysia menerima Islam? Kesukaran ini berlaku walaupun mereka akan mendapat faedah seperti dianggap bumiputera dan sebagainya.

Pada pandangan saya, masyarakat bukan Melayu tidak tertarik kepada Islam kerana mereka nampak ketidakadilan yang dilakukan oleh kita atas nama agama Islam. Kerana itulah orang Cina di Singapura lebih senang untuk didakwah kepada Islam berbanding orang Cina di Malaysia.Sebenarnya tamadun yang paling mesra dan tidak mempunyai masalah dengan Islam ialah tamadun China kerana faktor sejarah. Orang Islam ramai yang diberi jawatan tinggi dan diberi kepercayaan dalam sejarah kerajaan negara China.

Malangnya, akibat isu perkauman yang ditimbulkan di negara kita, orang-orang Cina di Malaysia sudah mempunyai pandangan yang kurang tepat tentang ajaran Islam. Saya percaya, melarang orang bukan Islam menggunakan nama Allah akan menjauhkan lagi mereka daripada Islam.Tidak adil dan bercanggah dengan prinsip keadilan untuk melarang mereka menggunakan nama Allah kerana "bimbang orang Melayu akan terkeliru".

3 comments:

  1. Salam Yop.

    Ketika teman sedang mencari-cari gambar tambahan utk dimuatkan dlm blog mengenai isu kalimah Allah, terjumpa pula signboard Tg Blanja, Parit dan Beruas.

    Sah tentunya orang Parit, teman juga berasal dari Parit.

    Sila jenguk tulisan teman yg tengah hot dengan isu rampasan Bible oleh JAIS.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2014/01/isu-kalimah-allah-dan-rampasan-bible.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Permainan politik agama yang nyata membuka ruang kepada bangsa lain yang bukan islam mempersenda-sendakan kesucian dan
    kemulian agama islam secara langsung menghina pelembagaan negara serta mempertikai hak-hak yang dipersetujui ketika
    kemerdekaan dari penjajah british bangsa pribumi yang antaranya,melayu,bugis,minang,jawa,mandailing,sulu,champa,betawi,
    banjar,melayu asli,banjau,kadazan,dan pelbagai suku nusantara yang telah bertapak ribuan tahun di semanjung tanah
    melayu sebelum kedatangan penjajah kristian barat.Alangkah berat sebelah yang ternyata dewasa ini propaganda kristian
    telah pun berjaya mempengaruhi serta menguasai dasar-dasar negara ISLAM sama ada agama,hukum serta hubungan luar negara,
    beberapa negara ISLAM dunia(antaranya MESIR,TURKI,CHENCHEN,LIBYA,DAN LAIN-LAIN).DI MALAYSIA ini hanya kerana agama rasmi
    dan dasar negara islam yang termaktuk dalam pelembagaan negara yang menjadi benteng buat umat islam di negara
    MALAYSIA ini,selamat dari anasir jahat pihak organisasi kristian dan zionis dunia,adakah anda pasti perjuangan anda
    berparti islam PAS tidak terikat pada sekulerism????Apakah parti yang di bawa oleh Rasolulah saw dan Para
    Khalifah ar-rashidin sekalian????Adakah betul tindakan yang menghalalkan cara pemilihan ala negara kristian barat
    yang digelar DEMOKRASI ini sama seperti pemilihan khalifah islam????dengan ramainya bangsa PRIBUMI islam murtad di
    negara ini masih lagi bermain tarik tali dalam usaha pihak-pihak yang bertaraf ustaz dan ulama tanpa mengira idealogi
    politik supaya berganding bahu mencerah akidah dan fekah umat pribumi islam malaysia,di akar umbi seperti ulama
    terdahulu lewat pra-kemerdekaan,usah kerana terlalu ghairah untuk berkuasa maka kepentingan agama dijual dengan
    harga yang cukup mahal!!!!LIHAT INDONESIA,YANG MERUPAKAN NEGARA ISLAM YANG MANA DASAR NEGARA DAN AGAMA RASMINYA
    ADALAH BUKAN ISLAM,LIHAT BAGAIMANA UMAT ISLAM DI SANA MENCAPUR-ADUKKAN ANTARA AGAMA KRISTIAN BERCAMPUR ISLAM,ISLAM
    BERCAMPUR HINDU,BAHKAN ADA YANG BERAGAMA KRISTIAN BERPAKAIN MUSLIM DAN MEMBERI SALAM,SERTA ADA YANG BERCAMPUR KHURAFAT,
    NAUZUBILLAH!!!!INILAH DAKYAH DAJAL,FITNAH AKHIR ZAMAN,seperti diriwayatkan dalam hadis shahih Rasolullah saw,
    Apa tindakan ulama NUSANTARA tunggu dan lihat????BERDAKWAH ATAS NAMA ALLAH SWT DAN RASOLNYA BUKAN
    ATAS NAMA PARTI!!!!KEPENTINGAN UMMAH PERLU DIBERI KEUTAMAAN TERUTAMANYA DI NUSANTARA INI,KITA ADALAH LEGASI WALI
    SEMBILAN TIDAK TERIKAT OLEH SEMPADAN YANG BUAT OLEH
    PIHAK BARAT(PERANCANGAN ORGANISASI DUNIA ZIONIS & KRISTIAN).
    -insan kerdil berjiwa perkasa...insha ALLAH.JANJI ALLAH ITU BENAR.

    ReplyDelete