8/28/2010

LETIHNYA AYUNI BERPUASA ....


Anak-anak perlu dididik sejak kecil untuk berpuasa supaya melatih mereka akan kesusahan yang ditanggung oleh orang yang tidak bernasib baik. Inilah gelagat anak ku yang letih berpuasa hinggakan tak sempat membuka kasut dan meletakkan begnya lalu terus tertidur. Baru darjah satu.....Ayuni tertinggal beberapa hari puasa kerana demam dan muntah-muntah tetapi semangatnya tetap kental untuk berpuasa.

8/20/2010


1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :
Nabi r bersabda :
[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]
2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :
Nabi r bersabda :
[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]
Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan
berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “
[HR Al-Bukhari : 2637]