3/30/2010

Hari Belia Bersama Komuniti

Menteri Besar Selangor bermesra dengan pemain-pemain futsal bawah 12 tahun.

Pelajar UNISEL bergambar bersama-sama sebahagian AJK Masjid Ar Rahman yang mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan masjid.
Jefry b Mejan Ketua PeBT MDKS sedang menyerahkan piala juara bola sepak kategori terbuka kepada Tan Sri Khalid b Ibrahim.
Nor Azeela bt Iskandar 11A dan Mohd Nazrin b Samuri 8A , pelajar cemerlang SPM 2009 bergambar dengan Dr Dzulkefly b Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor di hadapan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) Bukit Badong.Mereka berdua adalah pelajar yang berjaya melalui PTRS ini.
Kaunter jom kerja dan IPTS yang turut serta di dalam program tersebut.
Jualan buku-buku dan majalah juga mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung yang hadir.
Pelajar UNISEL yang bergotong-royong mencuci kolam ikan di Masjid Ar Rahman.
Pertandingan mewarna pelajar-pelajar pra sekolah di sekitar Bukit Badong.
Pertandingan dan pameran motosikal antik yang mendapat sambutan hebat dari kelab motosikal antik .
Perarakan motosikal antik yang mengiringi Menteri Besar melintasi gerai-gerai jualan yang turut serta memeriahkan acara.
Ahli keluarga blogger "edparit" yang turut hadir menyaksikan pertandingan sajak yang diadakan.
Salah seorang peserta deklamasi sajak sedang beraksi menyampaikan sajaknya dengan penuh perasaan.
Barisan peserta sajak yang sedang menunggu giliran sebelum menyampaikan sajak mereka.
Khusyuk mendengar ucapan MB di majlis perasmian PKW dan PTRS.
Petugas di kaunter PKW dan PTRS sedang membuat pendaftaran peserta baru.
Bahagian urusetia pertandingan bola sepak terbuka dan futsal yang bertungkus lumus menjayakan program sehingga ke akhir.
MB bersalaman dengan penjaga gol Ladang FC setelah berjaya membuat gimik tendangan gol ke gawang futsal.
Penonton yang memenuhi padang pertandingan bola sepak terbuka.Tahniah kepada penganjur yang berjaya menarik minat penduduk kampung menyertai program yang dianjurkan.

ANJURAN : PeBT (Penggerak Belia Tempatan ) bersama Majlis Daerah Kuala
Selangor
TEMPAT : Pusat Desa Kg Bukit Badong
TARIKH : 28 MAC 2010
AKTIVITI :
1. Pertandingan bola sepak 9 sebelah
2. Pertandingan Futsal Remaja
3. Pertandingan Gubahan oleh Perkumpulan Wanita
4. Perasmian Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
5. Perasmian PKW
6. Pertandingan Mewarna Pelajar Pra Sekolah
7. Pertandingan Deklamasi Sajak
8. Pesta Buku dan Jualan di gerai-gerai
9. Kaunter Jom Kerja
10.Gotong-royong mengecat Perpustakaan Desa, Masjid,Balai JKK dan Dewan Bukit Badong
11. Khidmat Masyarakat oleh pelajar UNISEL ,IKYS dan INPENS
TETAMU KEHORMAT : MENTERI BESAR SELANGOR,
AHLI PARLIMEN K SELANGOR
AHLI MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Kehadiran dianggarkan seramai seribu orang dan program dikategorikan sangat berjaya.












3/22/2010

PUSAT RAWATAN ISLAM ISTANA BUDI



LOKASI : KUANG, SELANGOR
PENGASAS :TUAN GURU PROF JAHID HAJI SIDEK AL NAQSYABANDI
RAWATAN : MENGUBATI BERBAGAI PENYAKIT KHUSUSNYA MELIBATKAN
MAKHLUK HALUS.
MEMBUKA WAD BAGI PESAKIT TIBI, AIDS DAN SEBAGAINYA.
CARA PENGUBATAN : DIKETUK DI TEMPAT YANG SAKIT DENGAN KAYU NONA
YANG KECIL, MANDI TAUBAT DENGAN AIR BATU.
BAYARAN : MENGIKUT KADAR KEMAMPUAN


3/15/2010

TUISYEN RAKYAT SELANGOR

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2010 peringkat Dewan Undangan Negeri Ijok (DUN) kini telah mula dibuka pada 7 Mac untuk pendaftaran baru dalam kalangan calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) 2010.Kelas terhad kepada 25 orang satu kelas. PTRS yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan itu merupakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang terbuka kepada semua pelajar tingkatan lima.
Koordinator PTRS DUN Ijok, Zubir Zasyali berkata, Pusat Khidmat Rakyat Dun Ijok telah membuka pendaftaran untuk PTRS untuk calon SPM 2010 dan tiada sebarang yuran akan dikenakan untuk proses pendaftaran. “PTRS juga satu cara untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemam puan untuk menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen di luar kerana mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membayar yuran. “Mereka (calon SPM) kini boleh mendapatkan borang pendaftaran atau mendaftar terus untuk mengikuti program ini di Pejabat MB di Ijok atau di Pusat Belia Kg Bukit Badong dan di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya .“Ia akan melibatkan subjek utama dalam peperiksaan SPM seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan subjek lain dan ia akan dikelolakan oleh guru yang berpengalaman dalam subjek masing- masing.
Antara keistimewaan PTRS adalah pelajar akan menyertai Kem Motivasi SPIES, Seminar Teknik dan Strategi menjawab SPM, Pecutan Akhir SPM serta solat hajat perdana.Selain itu modul juga diberi setiap bulan kepada para pelajar.Semua aktiviti ini adalah percuma kepada semua pelajar.Beliau menambah, tuisyen SPM secara percuma yang dianjurkan kerajaan negeri itu adalah satu produk terbaik untuk semua masyarakat menyertainya terutama calon SPM bagi meringankan keluarga yang kurang berkemampuan. Semua pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh terus menghubunginya di talian 0133633640- Zubir, 013-2763069 -Asri untuk pertanyaan dan urusan pendaftaran.


3/08/2010

ROH YANG KELUAR DARI JASAD

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku". "Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak dilangit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.

"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati .