12/13/2009

Bertemu keturunan Syed-Syed Perak !


Majlis silaturrahim idulfitri yang menghimpunkan keturunan jamalullailperak yang telah diadakan di Bota, Parit ,Perak.
Logo Persatuan Kebajikan Asyraaf yang menghimpunkan seluruh Syed Syed di Malaysia.

Semasa majlis perkahwinan anak saudara di Bangsar Jun lalu, aku berbual panjang dengan sepupuku iaitu Syed Alias b Syed Idrus tentang salsilah keluarga kami.Aku mengaku dan berterus terang bahawa aku buta langsung tentang salsilah keluargaku apatah lagi arwah ayah tidak pernah bercerita tentang susur galur keturunan Syed kami.Beliau menceritakan bahawa ada sebuah pertubuhan di Perak yang menghimpunkan semua Syed di Perak di bawah satu bumbung bernama Jamalullail Perak.Sepupuku menghantarkan emel gambar kubur pengasas Syed Perak dan kemudian mengepos salsilah kami .

Ramadhan baru-baru ini , aku menerima sms dari seseorang yang tidak dikenali bertanyakan tentang salsilahku.Aku jemputnya ke rumah dan dia bercerita tentang beliau mendapat mimpi pada bulan Ramadhan yang lalu tentang seseorang yang memberitahunya bahawa ia keturunan Rasulullah.Beliau bercerita ,ia hendak mencari kepastian tentang dirinya kerana katanya gelaran Syed telah dibuang pada masa datuknya kerana sesuatu muslihat.

Minggu lepas , aku mendapat telefon daripada setiausaha persatuan Jamalullail Perak yang ingin berjumpa denganku untuk mendapatkan salsilah tersebut.Aku jemput ke rumah dan kami berbual mesra.Seorang dari Kuantan ,Pahang manakala dua orang lagi datang dari Batu Caves.Susah payah mereka datang mencari aku untuk mendapatkan salsilah yang diberi oleh sepupu aku itu.Mereka sedang berusaha untuk melengkapkan salsilah kami terus kepada Rasulullah kerana ada bahagian yang tertinggal dalam lapis -lapis keturunan kami.

Menurut mereka, di Malaysia ini keturunan Syed berselerak mengikut sadah keluarga. Ada Al Attas, As Sagoff,Jamalullail, Albar, El Yehya ,As Sahab dan berbagai lagi.Bagi aku sendiri,terasa kecilnya diri nak mengaku keturunan nabi sebab aku ni jahat dan banyak dosa.Dalam hadis nabi ada menyebut bahawa tiada bezanya antara antara orang Arab dan Ajam.Yang membezakannya hanyalah pakaian taqwa.Sungguhpun begitu, pertemuan tersebut mengesahkan lagi susur galur keturunanku dengan lebih jelas lagi.Kalau dilihat dari susur galur tersebut aku dan keluargaku berpunca dari Sayyidina Hassan bin Ali bin Rasulullah.Memang panjang susur galur tersebut dan aku merupakan keturunan yang ketiga belas kalau tak silap.

Akhirnya, sekiranya ada keturunan Syed yang terbaca artikel ini dan ingin melihat susur galur tersebut bolehlah menghubungi aku atau membuka blog di alamat Jamalullailperak.blogspot atau
http://www.asyraf.com.my/.
Jamalullail perak adalah khusus untuk Syed dari Perak manakala asyraaf.com adalah blog khas untuk para Syed Syed seluruh Malaysia.

62 comments:

  1. Salam,Saya juga merupakan keturunan syed dan berasal dari kelantan.Jika diperhatikan syed juga terdapat di selatan thai dan ayah saya berasal dari sana..Bagaimanakah hendak mengeratkan lagi hubungan disaat zaman moden sekarang.Syed Saizan Syed Ali ssaizan@gmail.com 01930000019

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nama saya syed mohd najib bin syed abd rahman bin syed yassim al yahya dari kelantan.. Tok ku sy dulu tinggal di Bukit jering dan tanah putih Kelantan.. Boleh tolong sy jelas kn lagi terperinci asal usul sy dan sambungan kami.. Terima kasih wassalam

      Delete
    2. assallammualaikum.saya ingin mencari keturunan syed sebelah ibu saya.nama ibu Shariffah Husnah@Asnah Bte Syed Hasyim.Atok saya syed Hasyim Berasal Dari Perak.masa dia Bujang Telah Pergi Ke Sabah.Dan Berkhawin Dengan shariffah Tayang.yang berasal Dari Sulu Philippine dan mendapat seorang puteri ia itu ibu saya.masa perang jepun dan British mereka talah berhijrah ke Lahàd Datu.Sabah.Dan menjadi guru Bahasa English.keduà mereka.Atok saya telah di pancung oleh tentera Jepun pada tahun 1939 lebih kurang.wasiat Atok supaya ibu saya kembali ke negeri perak untuk berjumpa keluarga nya.masalah nya ibu saya sendiri tak tahu susun galur keturunàn syed nya di peràk.macam mana nàk mencari boleh tolong.klu ada àpa info boleh e-màil ke.Jongtheloner@yahoo.com

      Delete
    3. Kalau nak senang beberapa orang datuk ke atas

      Delete
    4. Ingat nama datuk ke atas ,senanglah jumpa

      Delete
  2. Saya pun mencari salasilah keluarga belah bapa saya yg berketurunan syed. Kebanyakan mereka berada di Karai, Perak. Seperti yg diceritakan dlm blog, gelaran 'syed' telah dibuang oleh moyang kerana suatu masalah ketika dahulu.

    Oleh itu, cerita ini telah disampaikan secara lisan oleh datuk dan nenek saya. Saya masih mencari kepastian akan sulur galur keturunan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang je citer keturunan sy...datuk sy asal dubai dtg malaysia buang syed...menetap di perak..keturunan al zubaidi

      Delete
    2. Kebanyakan syed diperak telah buang gelaran syed kerana perang dengan british

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya ingin meminta pertolongan bagi memastikan salasilah keturunan saya yg dikatakan mempunyai gelaran syed..mengikut ayah saya, dia mengatakan
    ayahnya (datuk saya) yang tinggal di perak adalah keturunan syed tetapi gelaran itu tidak diturunkan kepada ayah saya tetapi hanya pada adik ayah saya (ayah saudara saya) sahaja.. saya ingin mencari kepastian sama ada saya adalah merupakan dari keturunan syed..nama datuk saya ahmad.. saya tak pasti siapakah moyang saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkah saudari keturunan dari generasi yg memegang gelaran Jamalullail?

      Delete
    2. Assalamualaikum..nama saya lokhman hakim bin hussein..saya mencari susur galur keturunan belah ayah saya..saya xkenal tok menakan saya suma..arwah tokwan saya telah membuang nama syed dan berpindah ke kedah..pak menakan saya 2 org masih ada syed dan 3 mak menakan sya masih ada sharifah..dalam keluarga saya ada 3 org yg sempat dpt nama syed sbelum tokwan sya membuang nama syed..nama tokwan saya asalnya syed johar Arifi ..dan ditukar kepada johor..saya mencari salsilah keturun belah arwah tokwan saya..surat bukti syed ditukar disimpan oleh arwah makjang..smpai sekarng xtaw ada kat mana..bley saya taw lbih lanjut x?

      Delete
  5. salam....
    nama sy "sharifah norsaiyidatul nadiah bt syed rosli"....
    sy lost track salasilah family sy...sy asal perak & berketurunan jamalullail..
    sy just tau smpai nama moyang sy iaitu "syed ahmad"...
    saje nak tau salasilah keluarga sendiri... ^^
    harap dpt membantu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari perak ...saya punya salasilah bertemu gan syed ahmad..add facebook sy sy.farid84@gmail.com

      Delete
  6. salam....nama syed abdul wafi...dah masuk 26 tahun xpernah bertemu dgn ayah yg bernama syed abdul rahman ketika umur 1 tahun

    ReplyDelete
  7. nama saya syed shamsul al shahab bin syed othman....saya ingin mencari susur galur saya...yang saya tahu datuk saya syed mansor berasal dari kedah

    ReplyDelete
  8. Kalau anda masih berpendapat ‘ada’ keturunan Ahlul Bait, maka timbul pertanyaan berikutnya:
    1. Keturunan Ahlul bait dari manalah yang anda pilih dan yakini, apakah dari keturunan?
    a. Sunni
    b. Syiah
    c. Hasyim
    d. Ahmadiyah dll.
    2. Selanjutnya dikabarkan bahwa dari keturunan Ahlul bait tersebut akan lahir Imam Mahdi maka mana pula yang anda pilih dan yakini bahwa apakah dari:
    a. Imam Mahdi kelompok Sunni dan Hasum masih akan lahir;
    b. Imam Mahdi Syiah sudah lahir tapi kini menghilang dulu, nanti dia datang kembali.
    c. Imam Mahdi Ahmadiyah sudah datang dan sudah wafat yakni Mirza Ghulam Ahmad
    Rasanya ya gara-gara kita 'nungguin' sang tokoh Imam Mahdi, maka kaum Muslim di dunia terlena dng ketidakpastian!
    Yang sudah pasti, sudah ada Al Quran dan sudah hadir Nabi Muhammad SAW sebagai 'nabi penutup' adalah mukjizat terakhir dari Allah SWT kepada umat manusia.

    Jadi, jangan ditunggu Nabi Isa As akan datang karena misinya sudah selesai (QS. 2:134 dan 141; 21:34-35) dan begitu juga Imam Mahdi tidak akan muncul walaupun semua sekte dalam kaum Muslim ada yang meyakini ditambah pula dari berbagai agama non-Islam juga menanti kedatangan Imam Mahdi atau semacam itu.
    .
    http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/12/06/13/m5jvrf-inilah-figur-imam-mahdi-yang-dinanti

    Inilah Figur Imam Mahdi yang Dinanti | Republika Online
    www.republika.co.id

    Dan, inilah pula penyebab perebutan 'sang pemimpin' Imam Mahdi sehingga semua agama mengakui akan datang sang tokoh ini. Pada Kitab Suci umat Islam sama sekali tidak menyebut akan datang lagi IMAM MAHDI dan apalagi akan datang kembali Nabi Isa As. Sang Mesiah itu sudah ditutup dengan pernyataan Tuhan, Allah SWT sendiri (QS. 33:40).
    http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/12/06/13/m5jsoj-imam-mahdi-sosok-yang-diyakini-tiga-agama-besar

    Imam Mahdi: Sosok yang Diyakini Tiga Agama Besar | Republika Online
    www.republika.co.id

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum! Saya ingin mencari salasilah keluarga arwah ayah saya yg berasal dr Perak, arwah ayah saya berasal dr Kg Pulau Tiga, Telok Sareh. Menurut arwah ayah saya, kami mempunyai darah keturunan Syed, tp moyang sy tidak lagi menggunakan gelaran tersebut, tidak pasti apa alasan nya. Arwah datuk sy bernama Haji Abdul Rahman bin Yob Ahmad, beliau berkahwin dgn Wan Rogayah. Sepupu arwah datuk saya msh mengekalkan gelaran syeikh. Jika benar, sy tertanya2 juga, kalau benar sy msh berketurunan syed, apa nama keluarga nya? Alsagoff? Alsabath? Aljunied? atau lain2 lagi.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Saya ingin mencari salasilah keluarga ibu saya Al Syahabuddin. Sekiranya ada rezeki saya ingin menyambung keturunan syed syarifah ini..Sila email saya mailme1005@gmail.com sekiranya tuan puan ada maklumat atau kaitan dengan keturunan al shahabuddin. Terima kasih.
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, tuan/puan sy juga dr keturunan shahabuddin,tp kata arwah walid sy dulu keturunan kami x pakai gelaran (al) di depan nama, ia hanya guna shahabuddin, sy juga kurang pasti tentang ejaan nama keluarga.. Nama sy syed mohd fisol b syed md noor b syed kassim b syed noh keluarga besar shahabuddin.. Selebihnya masih x dpt d kesan.. Syed noh datang dari sumatra indonesia. Sy masih mencari bukti2 yg kukuh tentang salasilah keluarga. Kalu tuan/puan juga keluarga yg sama, blhlah kita sama2 menyusun kembali salasilah keluarga kita.. Masalahnya sekarang sy masih x tau tempat utk melakukan rujukkan tentang salasilah syed n sharifah ini... Mohon kongsi kalu2 tuan/puan tahu tempat utk rujukkan bersama.. Apa2 hal tuan/puan blh sj cari sy d fb. fadyyaz@yahoo.com

      Delete
    2. Saya Syed Azlan b Syed Hasan Al Junid tok saudara saya baru meninggal..keterunan kami ni banyak Singapore...Indonesia medan..,Filipina..saya kuat dengan arwah Tok saya..sekarang dia dah meninggal..adik beradik kurang la singgah .rumah arwah tok saya asal Kedah,kg titi Gajah ,satu tempat tangan Tun Mahathir satu kelas...sekarang dia hidup sama umur...

      Delete
  11. assalam. saya syed abd razif bin syed abd rahim bin syed abd rahman bin syed elan bin syed..? macamana saya nak tahu salasilah keturunan keluarga saya, samaada al jamalullail,al attas, al yahya atau sbgainya..sedangkan saya tak diberitahu langsung tentang salasilah keturunan saya.. sekiranya tuan ada maklumat yang boleh membantu saya mengenal salasilah keluarga saya,bolehlah emailkan pada saya di asrinarazif@gmail.com (syed razif 0135262007)
    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Salam, saya Sh.Nor Alia Bt Sy Sulaiman, dan saya salah seorang keturunan Al-Jamalullail. Tak sangka pulak bila saya google pasal Al-Jamalullail keluar pasal blog ni. Dan saya kenal orang yang saudara maksudkan Sy. Alias B Sy Drus. Kalau tak keberatan blh tlg emailkan ke saya tentang keluarga syed lagi? aleeya.syed96@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,sy merupakan keturunan syed maulana bin syed Ahmad.dan ibu kepada syed Ahmad dikenali sebagai syarifah zainab. Disebabkan berlakunya konflik keturunan menyebabkan Datuk saya syed maulana telah berhijrah Dari kamunting perak ke kedah.dan Datuk sy syed maulana telah mengunakan gelaran namanya Awang. Selepas syed maulana Nama gelaranya Awang telah bernikah dengan salmah dorani beliau berhijrah ke kuala Selangor. Sy juga diberitahu Bahawa keturunan saya pernah keluar di siaran tv3(Jejak Kasih) tapi tidak berksamptan untuk mencatat maklumat tersebut. Sy berharap kepada sesiapa yang mengetahui atau mempunyai maklumat keturunan sy boleh berhubung dengan suami sy mohd Faiz (0166070380).

      Delete
    2. Assalammualaikum, saya syed rosli bin syed osman bin syed alwi bin syed mahari, ingin mencari susur galur arwah ayah yg berasal dr kmpg jamuan kuala kangsar. sesiapa yg berasal dari kmpg tersebut atau mengenali nama2 syed yg mungkin tahu. mohon hubungi saya di 0173210547. saya mempunyai salinan salasilah keturunan sayyid ali khli qassam generasi ke13 dari sayyidina hussein R.A iaitu cucuanda MUHAMAD SAYYIDINA MURSALIN yg saya ambil dari seorang yg menyimpan salasilah keturunan. namun saya tidak dpt cari penyambungnya. jika ada yg mahu lihat, boloh hubungi saya. di ampang Selangor. terima kasih

      Delete
  13. Assalamualaikum... saya Sayed Muhamad Ihsan b Sayed Umor bin Sayed/Syed Hamid bin Syed/Sayed Hasan/Hussien_____?. Ayah saya berasal di Kg. Senin Layang-layang Bota Parit (rumah warisan Pah Wah @ Zawiyah) takat ni ja tahu. Boleh tahu, siapa ada salasilah ini?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum,,,,,apakah ada yang merupakan keturunan sayid osman syahabuddin bin abdurrahman ??

    ReplyDelete
  17. Saya ingin mencari susur galur keturunan syed al attas

    ReplyDelete
  18. Saya ingin mencari susur galur keturunan syed al attas

    ReplyDelete
  19. slm saya juga sedang mencari susur galur. sharifah nurhidayah bt syed mohd isa bin syed baharom bin syed jagor dan . . . sharifahnurdyh@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. adakah anda sudah berjumpa dengan jaluran anda? rasanya ada juga saudara anda fari jaluran adik-beradik syed jagor yg turut mencari.. setakat yang ditemui adalah Syed Jagor bin Syed Alang Hussin. Diharap dapat memaklumkan kepada saya(amarz82@yahoo.com) jika sudah ditemui. terima kasih.

      Delete
  20. Saya Meor, Keturunan Syed Lembang dari Tanjung Aur Bota Kiri. Anak kepada Sarepah Mardziah binti Syed Junaidin bin Syed Lembang (Allah Yarhamhuma). Masih ada lagi Tok saudara bernama Syed Junid bin Syed Lembang (adik) kepada Syed Junaidin yang menetap di Kg Pulau Pisang Bota Kiri Perak. Sepupu mak bernama Syed Azhar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman kenal pak syed junid tu..dl ade bukak kedai runcit kan yob..

      Delete
    2. Teman kenal pak syed junid tu..dl ade bukak kedai runcit kan yob..

      Delete
    3. aje nye ye yob..raya haritu ziarah Tok Junid die dah uzur sangat dah dah terbaring atas katil sakit dah die.tak sampai setahun die uzur teruk..moga Allah permudahkan urusan dia

      Delete
    4. Salam, apa khabar tok syed junid? Ada sesiapa yg simpan salasilah tok syed junid?

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum,sy ingin mencari dan ingin mengetahui asal usul keturunan syed shamsudin@samsudin yg pernah berdakwah di kuchai@kati kuala kangsar,menurut arwah Mak long sebelum
    meninggal dunia..jika ade sesiapa yg mengetahui blh berhubung dgn sy 012-3189297 rulnizam.trima kasih

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum tuan...sy nk mncari salah silah family sy...sy berasal dri perak...mcm mne sy nk contact tuan ye?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum.. Nama saya syed mohd najib bin sayed abd rahman bin sayed yassim bin sayed noh alyahya dari Kelantan. Andai ada yg kenali salasilah sy blh la bertegur sapa.. Saya kurang kenali sampai hujungnya keluarga alyahya Kelantan.arwah tok ku sy tinggal di pasir putih dan bukit jering. Katanya klu di Kelantan tu syed sedara la tu...mohon tunjuk ajar.. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada mak saudara saya duduk di Kampung Gaal Pasir Putih nama Siti Fatimah bt Syed Junaidin Allahyarhamoha Suami dia Sulaiman

      Delete
  25. PERHIMPUNAN SAUDARA SEMOYANG AKAN DI ADAKAN
    25/12/2016 DI KG TEMONG KUALA KANGSAR.
    Syed Husain al-Faradz Jamalullail ( MOYANG ) HINGGALAH GENARASI KE 17.( TERKINI).SYED DANN 0136769581

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ini moyang saya ialah raja abdul rahman anak sultan perak ke25(sultan ismail)emak raja abdul rahman bernama che alang kuala teja isteri ke3 sultan,dari keturunan manakah saya.sekian t. kasih

      Delete
  26. Assalamualaikum,

    Saya Mohd Tajrie bin Nasaruddin bin Mohd Saad bin Omar Baqi bin Salidin@Salehdin bin Syed Hussain.

    Saya ingin salahsiah keturunan saya yang di katakan digugurkan syed. Moga ada yang boleh ceritakan. Asal saya di Matang, Taiping, Perak. 019-6002066.

    ReplyDelete
  27. Boleh tak sesiapa tolong saya hurai kan keturanan saya? Nama datuk saya syed alwee dari karela estate india.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum sy syed syed asy syahiid al-shahab..dari johor kota tinggi..nenek dan datuk sy syed

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum.Sy syarifah izzati wafa bt syed munir wafa.Keluarga saya bermula dari tahun 1845-sehingga kini melalui syed mahmood wafa yg saya tahu berasal dari mekah dan memulakan keturunan kami di kuala kangsar perak.namun saya masih belum tahu asal sebenarnya keluarga kami dari mana.Boleh kongsikan kpd saya susur galur keluarga.Atau ada diantara keluarga saya yg saya tidak kenali boleh email kpd saya izzatiwafatcs@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis... As far as I know our ancestors could be found in Tarim, hadramaut.

      Delete
  30. Asalamualaikum...saya syed muhammad taufiq bin syed ramli bin syed abdullah al jamalullail...saya just nk tahu asal n jalur family...coz saya sebelum ni xpernah ambik tahu pn pasal keturunan ni, ni baru nk ambik tahu...bapak saya org perak sungai siput...bila tanya bapak n pakcik ckp mcm nk xnk je huhu...minta pencerahan huhu

    ReplyDelete
  31. Saya norzima, ayah saya 2 pupu dgn syed jamalullail chenderiang yg pernah menjadi duta m’sia tahun 80 an..Di fahamkan ayah sy tiada syed sebb tuk dia buang sebb ‘apa ada pada gelaran’.. jd sejak itu kami semua tidak menggunakan nama keturunan.. tp ini menyebabkan keluarga saya terputus hubungan dgn keluarga datuk setelah datuk sy berkahwin dgn org parit.. sy ingin kembalikan silaturrahim tp xtau mcm mana.
    Sila hubungi melalui email sy sekiranya boleh. norzima76@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum, saya syed AlQayum bin syed Kamaruddin bin syed abd Rani bin syed ali Osman Palembang. arwah ayah pernah Kata jalur syed kami dari Palembang. Saya pengamal perubatan islam. Guru saya kata jalur saya dari saidina Hussain. Salam sillaturahim kpd semua saudara syed dan Sharifah. Semoga Allah permudahkn segala urusan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum admin..page ni masih aktif ke? Saya ada pertanyaan berkenaan salasilah keturunan Syed ni. Mohon admin respon jika baca comment saya ni.

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum...saya syed kamarul bahar(al-idrus) dari kluang...jika ada yg beehampiran bolehlah berjumpa dan saling mengenali

    ReplyDelete
  35. Sya mewakili dari keluarga syed rowther .. sekira ya ada saudara mara dari perak yg tahu dan kenal syed rowther al rashid.. waris tunggal.dia syed sultan dari sg petani kedah.. tapi beliau sudah meninggal dunia ..

    ReplyDelete
  36. saya ingin bercerita sedikit . nama saya tiada Syed ataupun Meor.tapi sebelah ibu saya memang ada berketurunan syed . nama ibu saya Sarifah Manza.opah saya berketurunan syed tetapi berkahwin dengan datuk saya yang tidak berketurunan Syed . opah saya pula bernama Siti Azizah Binti Syed Yusuf Bin Syed Isa.opah saya dari Ketior . masih dalam Kuala Kangsar lagi . saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang salasilah keturunan . kalau ada yg kenal boleh la 'bersogheh'. saya ada 1 soalan, kalau orang yang keturunan Syed kahwin dengan bukan Syed namanya anaknya perlu guna Meor dan Sarifah kan ? kalau keturunan selepas itu masih bolehkah guna nama Meor atau terputus terus ??

    ReplyDelete
  37. Masih mencari keturunan sebalah bapa mertua syed sultan bin syed rowther yg telah lama berpisah.. mungkin ade siapa2 yg mengenali info dari bapa mertua dlu syed rowther tinggal di sg manik ..

    ReplyDelete