12/13/2009

Bertemu keturunan Syed-Syed Perak !


Majlis silaturrahim idulfitri yang menghimpunkan keturunan jamalullailperak yang telah diadakan di Bota, Parit ,Perak.
Logo Persatuan Kebajikan Asyraaf yang menghimpunkan seluruh Syed Syed di Malaysia.

Semasa majlis perkahwinan anak saudara di Bangsar Jun lalu, aku berbual panjang dengan sepupuku iaitu Syed Alias b Syed Idrus tentang salsilah keluarga kami.Aku mengaku dan berterus terang bahawa aku buta langsung tentang salsilah keluargaku apatah lagi arwah ayah tidak pernah bercerita tentang susur galur keturunan Syed kami.Beliau menceritakan bahawa ada sebuah pertubuhan di Perak yang menghimpunkan semua Syed di Perak di bawah satu bumbung bernama Jamalullail Perak.Sepupuku menghantarkan emel gambar kubur pengasas Syed Perak dan kemudian mengepos salsilah kami .

Ramadhan baru-baru ini , aku menerima sms dari seseorang yang tidak dikenali bertanyakan tentang salsilahku.Aku jemputnya ke rumah dan dia bercerita tentang beliau mendapat mimpi pada bulan Ramadhan yang lalu tentang seseorang yang memberitahunya bahawa ia keturunan Rasulullah.Beliau bercerita ,ia hendak mencari kepastian tentang dirinya kerana katanya gelaran Syed telah dibuang pada masa datuknya kerana sesuatu muslihat.

Minggu lepas , aku mendapat telefon daripada setiausaha persatuan Jamalullail Perak yang ingin berjumpa denganku untuk mendapatkan salsilah tersebut.Aku jemput ke rumah dan kami berbual mesra.Seorang dari Kuantan ,Pahang manakala dua orang lagi datang dari Batu Caves.Susah payah mereka datang mencari aku untuk mendapatkan salsilah yang diberi oleh sepupu aku itu.Mereka sedang berusaha untuk melengkapkan salsilah kami terus kepada Rasulullah kerana ada bahagian yang tertinggal dalam lapis -lapis keturunan kami.

Menurut mereka, di Malaysia ini keturunan Syed berselerak mengikut sadah keluarga. Ada Al Attas, As Sagoff,Jamalullail, Albar, El Yehya ,As Sahab dan berbagai lagi.Bagi aku sendiri,terasa kecilnya diri nak mengaku keturunan nabi sebab aku ni jahat dan banyak dosa.Dalam hadis nabi ada menyebut bahawa tiada bezanya antara antara orang Arab dan Ajam.Yang membezakannya hanyalah pakaian taqwa.Sungguhpun begitu, pertemuan tersebut mengesahkan lagi susur galur keturunanku dengan lebih jelas lagi.Kalau dilihat dari susur galur tersebut aku dan keluargaku berpunca dari Sayyidina Hassan bin Ali bin Rasulullah.Memang panjang susur galur tersebut dan aku merupakan keturunan yang ketiga belas kalau tak silap.

Akhirnya, sekiranya ada keturunan Syed yang terbaca artikel ini dan ingin melihat susur galur tersebut bolehlah menghubungi aku atau membuka blog di alamat Jamalullailperak.blogspot atau
http://www.asyraf.com.my/.
Jamalullail perak adalah khusus untuk Syed dari Perak manakala asyraaf.com adalah blog khas untuk para Syed Syed seluruh Malaysia.

13 comments:

  1. Salam,Saya juga merupakan keturunan syed dan berasal dari kelantan.Jika diperhatikan syed juga terdapat di selatan thai dan ayah saya berasal dari sana..Bagaimanakah hendak mengeratkan lagi hubungan disaat zaman moden sekarang.Syed Saizan Syed Ali ssaizan@gmail.com 01930000019

    ReplyDelete
  2. Saya pun mencari salasilah keluarga belah bapa saya yg berketurunan syed. Kebanyakan mereka berada di Karai, Perak. Seperti yg diceritakan dlm blog, gelaran 'syed' telah dibuang oleh moyang kerana suatu masalah ketika dahulu.

    Oleh itu, cerita ini telah disampaikan secara lisan oleh datuk dan nenek saya. Saya masih mencari kepastian akan sulur galur keturunan saya...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya ingin meminta pertolongan bagi memastikan salasilah keturunan saya yg dikatakan mempunyai gelaran syed..mengikut ayah saya, dia mengatakan
    ayahnya (datuk saya) yang tinggal di perak adalah keturunan syed tetapi gelaran itu tidak diturunkan kepada ayah saya tetapi hanya pada adik ayah saya (ayah saudara saya) sahaja.. saya ingin mencari kepastian sama ada saya adalah merupakan dari keturunan syed..nama datuk saya ahmad.. saya tak pasti siapakah moyang saya

    ReplyDelete
  5. salam....
    nama sy "sharifah norsaiyidatul nadiah bt syed rosli"....
    sy lost track salasilah family sy...sy asal perak & berketurunan jamalullail..
    sy just tau smpai nama moyang sy iaitu "syed ahmad"...
    saje nak tau salasilah keluarga sendiri... ^^
    harap dpt membantu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari perak ...saya punya salasilah bertemu gan syed ahmad..add facebook sy sy.farid84@gmail.com

      Delete
  6. salam....nama syed abdul wafi...dah masuk 26 tahun xpernah bertemu dgn ayah yg bernama syed abdul rahman ketika umur 1 tahun

    ReplyDelete
  7. nama saya syed shamsul al shahab bin syed othman....saya ingin mencari susur galur saya...yang saya tahu datuk saya syed mansor berasal dari kedah

    ReplyDelete
  8. Kalau anda masih berpendapat ‘ada’ keturunan Ahlul Bait, maka timbul pertanyaan berikutnya:
    1. Keturunan Ahlul bait dari manalah yang anda pilih dan yakini, apakah dari keturunan?
    a. Sunni
    b. Syiah
    c. Hasyim
    d. Ahmadiyah dll.
    2. Selanjutnya dikabarkan bahwa dari keturunan Ahlul bait tersebut akan lahir Imam Mahdi maka mana pula yang anda pilih dan yakini bahwa apakah dari:
    a. Imam Mahdi kelompok Sunni dan Hasum masih akan lahir;
    b. Imam Mahdi Syiah sudah lahir tapi kini menghilang dulu, nanti dia datang kembali.
    c. Imam Mahdi Ahmadiyah sudah datang dan sudah wafat yakni Mirza Ghulam Ahmad
    Rasanya ya gara-gara kita 'nungguin' sang tokoh Imam Mahdi, maka kaum Muslim di dunia terlena dng ketidakpastian!
    Yang sudah pasti, sudah ada Al Quran dan sudah hadir Nabi Muhammad SAW sebagai 'nabi penutup' adalah mukjizat terakhir dari Allah SWT kepada umat manusia.

    Jadi, jangan ditunggu Nabi Isa As akan datang karena misinya sudah selesai (QS. 2:134 dan 141; 21:34-35) dan begitu juga Imam Mahdi tidak akan muncul walaupun semua sekte dalam kaum Muslim ada yang meyakini ditambah pula dari berbagai agama non-Islam juga menanti kedatangan Imam Mahdi atau semacam itu.
    .
    http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/12/06/13/m5jvrf-inilah-figur-imam-mahdi-yang-dinanti

    Inilah Figur Imam Mahdi yang Dinanti | Republika Online
    www.republika.co.id

    Dan, inilah pula penyebab perebutan 'sang pemimpin' Imam Mahdi sehingga semua agama mengakui akan datang sang tokoh ini. Pada Kitab Suci umat Islam sama sekali tidak menyebut akan datang lagi IMAM MAHDI dan apalagi akan datang kembali Nabi Isa As. Sang Mesiah itu sudah ditutup dengan pernyataan Tuhan, Allah SWT sendiri (QS. 33:40).
    http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/12/06/13/m5jsoj-imam-mahdi-sosok-yang-diyakini-tiga-agama-besar

    Imam Mahdi: Sosok yang Diyakini Tiga Agama Besar | Republika Online
    www.republika.co.id

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum! Saya ingin mencari salasilah keluarga arwah ayah saya yg berasal dr Perak, arwah ayah saya berasal dr Kg Pulau Tiga, Telok Sareh. Menurut arwah ayah saya, kami mempunyai darah keturunan Syed, tp moyang sy tidak lagi menggunakan gelaran tersebut, tidak pasti apa alasan nya. Arwah datuk sy bernama Haji Abdul Rahman bin Yob Ahmad, beliau berkahwin dgn Wan Rogayah. Sepupu arwah datuk saya msh mengekalkan gelaran syeikh. Jika benar, sy tertanya2 juga, kalau benar sy msh berketurunan syed, apa nama keluarga nya? Alsagoff? Alsabath? Aljunied? atau lain2 lagi.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Saya ingin mencari salasilah keluarga ibu saya Al Syahabuddin. Sekiranya ada rezeki saya ingin menyambung keturunan syed syarifah ini..Sila email saya mailme1005@gmail.com sekiranya tuan puan ada maklumat atau kaitan dengan keturunan al shahabuddin. Terima kasih.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  11. assalam. saya syed abd razif bin syed abd rahim bin syed abd rahman bin syed elan bin syed..? macamana saya nak tahu salasilah keturunan keluarga saya, samaada al jamalullail,al attas, al yahya atau sbgainya..sedangkan saya tak diberitahu langsung tentang salasilah keturunan saya.. sekiranya tuan ada maklumat yang boleh membantu saya mengenal salasilah keluarga saya,bolehlah emailkan pada saya di asrinarazif@gmail.com (syed razif 0135262007)
    terima kasih

    ReplyDelete